Skip to main content

7 Kesilapan Penyenggaraan Kereta Yang Merosakkan

RAMAI kalangan kita kerap melakukan kesilapan penyenggaraan kereta. Paling kerap dilakukan adalah mengambil mudah perkara-perkara yang perlu diberikan keutamaan segera. Sesetengahnya tidaklah menelan kos yang besar, cuma sikap kita yang suka menangguh. Akibatnya, benda yang asalnya murah sahaja, tetapi boleh menelan belanja ribuan ringgit jika kerosakan berlaku. Jangan ambil sambil lewa ok!

1. TIDAK TUKAR BILAH PENGELAP

Tahap optimum bilah pengelap cermin akan merosot disebabkan faktor masa dan perlu segera diganti apabila tidak mampu lagi mengelap dengan baik. Misalnya, pandangan hadapan kereta masih tidak jelas ketika memandu dalam cuaca buruk seperti hujan.

2. TIDAK GUNA PENAPIS DISYORKAN

Penapis udara perlu bersih untuk memastikan enjin bekerja pada tahap optimum. Penapis yang bersih menghalang bendasing daripada memasuki sistem bahan api, enjin dan penyaman udara. Kegagalan menukar penapis menyebabkan komponen kereta cepat rosak selain menjejaskan penggunaan bahan api.

3. TIDAK MEMUTARKAN TAYAR, ABAIKAN PENJAJARAN RODA

Anda masih boleh memandu dengan mengabaikan perkara di atas. Namun kegagalan melakukankannya boleh memendekkan jangka hayat tayar yang akan cepat haus atau rosak berbanding biasa. Situasi boleh jadi lebih buruk kerana boleh menjejaskan sistem pengendalian stereng, brek dan suspensi.

4. DEGIL MEMANDU KETIKA ENJIN PANAS LAMPAU (OVERHEATING)

Tanyalah mana-mana pakar automotif, mereka pasti menyuruh anda menghentikan kenderaan secepat mungkin. Sifat enjin secara semulajadi beroperasi dalam keadaan panas dan memerlukan sistem penyejukan untuk mengelak panas melampau (overheating). Apabila sistem itu gagal (boleh berlaku kepada sesiapa saja), anda perlu berhenti segera. Tiada penyelesaian terbaik melainkan memanggil perkhidmatan trak tunda.

5. ABAIKAN PERIKSA SISTEM BENDALIR DAN PELINCIR

Ramai salah faham bahawa hanya minyak enjin yang perlu diperiksa dan ditukar. Memang betul minyak enjin paling kritikal penjagaannya, tetapi banyak lagi bendalir lain yang mesti diperiksa, ditukar dan ditambah jika perlu. Minyak brek, minyak gear, penyejuk enjin (coolant) dan minyak stereng kuasa sepatutnya diperiksa dan diservis dari masa ke semasa seperti dimaklumkan pengeluar.

6. TANGGUH TUKAR MINYAK ENJIN

Teknologi bendalir kenderaan berkembang cukup maju seiring kepesatan teknologi automotif. Rata-rata kereta moden hari ini tidak perlu lagi menukar minyak enjin mereka pada setiap 5,000km perbatuan. Ia berita baik buat pemandu dari segi penjimatan kos dan masa penyenggaraan.
Namun, itu bukan bermakna anda boleh sesuka hati menangguh menukar minyak enjin apabila tiba masanya. Minyak enjin juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam enjin walaupun kereta anda kurang bergerak. Tukarlah mengikut masa atau perbatuan yang disyorkan.
7. ABAIKAN AMARAN PERIKSA ENJIN
Banyak kes mendedahkan sikap pemandu yang hanya mengabaikan tanda amaran Periksa Enjin (Check Engine)yang menyala. Alasannya, kereta masih mampu beroperasi secara normal. Tapi ingat, situasi tersebut boleh menyebabkan kereta anda berhenti beroperasi tiba-tiba.
Paling teruk, kos baik pulih menelan belanja besar dan kereta terpaksa bermalam di bengkel berhari-hari lamanya. Semakin lama anda tidak peduli tentang amaran itu, semakin tinggi pula kos yang bakal anda laburkan.
Ingin kekalkan LUARAN & DALAMAN kereta anda seperti kereta BARU? Mulakan penjagaan kereta anda secara DIY dengan bantuan kami di Vomaq Smart Shield. Produk VOMAQ telah berjaya mambantu ramai pemilik kereta di Malaysia! Dapatkan VOMAQ sekarang!
Sebarang Pertanyaan :-
Whatsapp Only: http://bit.ly/2xn9JHc
Visit IG: @vomaq.my

Comments

Popular posts from this blog

3 Punca Cat Kereta Rosak

Hai, Assalamualaikum W.B.T. Okay, selamat pagi kepada anda semua saya ucapkan. Okay, pada kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua “3 sebab kenapa cat kereta kita rosak" 1. Parkir Di Bawah Pokok dan Hampir Dengan Kabel Elektrik Sebab pertamanya, kalau anda perasan, selalunya kita parking kereta dekat bawah tiang lampu, kita parking kereta dekat bawah pokok kan, and then, tempat-tempat yg mcm teduh kan. Jadi, bila kita parking tempat yg mcm berbumbung salah satu juga, bawah pokok contohnya pokok manggis, pokok getah n then juga pokok mangga, pokok-pokok yang mengandungi getah. And then, juga kita parking di bawah tiang lampu (kabelnya) parking di bawah kawasan tersebut. Bila kita parking kereta di kawasan macam tu, salah satu sebab dia adalah “tahi burung” (macam2 burung la kan). Selalunya, burung itu akan hinggap dekat pokok, dan di kabel letrik tiang lampu. Okay, and then kita parking kereta dekat situ. Bila kita datang balik, kereta kita kena “tahi bu...