Skip to main content

3 Cara Hilangkan Bau Hapak Di Dalam Kereta

1. Arang

Cara pertama adalah dengan menggunakan arang. Kenapa Arang??. Kerana arang adalah bahan semulajadi yang dapat meneutralkan bau busuk, hapak mahupun kepam di dalam kereta kita. Contohnya, Bau Durian, Bangkai, Muntah ataupun Bau Pakaian Lembap. Pakaian yang dalam keadaan lembap akan menghasilkan bau kepam.

Pakaian lembap+longgok dalam plastik= ×_×

Bila terjadi seperti, Saya sarankan anda agar TIDAK TERUS MENGGUNAKAN PERFUME ATAUPUN PEWANGI KERETA kerana ia akan memberi efek kepada korang seperti, bau yang terlalu kuat dan akan membuatkan korang pening ketika terhidunya

Bau Busuk + Wangi = Wrong Way Bau Busuk + Neutral + Wangi = Right Way

Caranya, kita boleh letakkan beberapa ketul arang di dalam tupperware yang tidak guna dan biarkannya terbuka di lantai atau karpet kereta

2. Baking soda

Cara kedua adalah dengan menggunakan BAKING SODA ATAU SERBUK PENAIK. Baking soda berfungsi dengan cara menyerap bau busuk atau hapak dll

Caranya, dengan satu tupperware BAKING SODA diletakkan di lantai terbuka seperti arang tadi ATAU Taburkan baking powder terus di kawasan yang berbau ataupun di sofa kereta.

Biarkan 2-3 Jam dan Kemudiannya, terus Vakum sofa ataupun di kawasan anda taburkan baking powder tadi

3. Daun pandan

Cara ketiga adalah dengan menggunakan DAUN PANDAN. Daun pandan mengandungi suatu aroma yang wangi dan segar. Kepada sesiapa yang menanam daun pandan, boleh terus kerat 2-3 Helai dan ikatkannya dalam keadaan simpulan dan letakkan terus di bawah seat terutamanya. Cara kedua adalah, dengan menghiris daun pandan dan letakkan dalam goodie bag yang selalu anda dapat dari kenduri kahwin dll. Anda semua terus hang out goodie bag pandan tadi di mana-mana sahaja. Kalau saya, selalu hang dekat signal stick.

Itu sahaja sharing saya pada kali ini. Jangan lupa teruskan menyokong saya dan share banyak-banyak entry kali ini 🙂🙂
Untuk Order Vomaq Weatherproof: http://bit.ly/2xn9JHc

Instagram: @vomaq.my

Comments